IKLAN

Tuesday, April 17, 2012

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

Wednesday, April 11, 2012

Kalau Kita Rasa Kita Lebih Islam Dari Orang Lain....

Assalamualaikum..

Lama benar tak menulis di blog. Bukan kerana jemu, tapi kerana perjuangan yang hakiki bagi saya ialah di sekolah. Segala masa, tenaga dan wang ringgit diguna untuk perjuangan ini. Saya memang tak akan kaya la nampaknya kalau terus-terusan begini..

Sebagai seorang guru, banyak yang perlu saya lakukan... Hanya guru saja yang faham tugas guru. Kadang-kala, bagi yang tidak faham..pelbagai tohmahan dilemparkan kepada kita sehingga ada juga yang menyentuh peribadi. Semuanya ditempuh dengan sabar.

Pada kali ini, saya ingin melontar pandangan tentang suasana alam maya yang makin panas kerana bahang PRU13 yang makin hampir. Seolah-olah peperangan sedang berlangsung. Sudah tentu akan berlangsung dengan lama sehingga tiada kesudahan kerana tiada siapa yang mati.. Masing-masing (Pembangkang dan Kerajaan) mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing.. Caci maki sudah menjadi lumrah bagi mereka. Walhal.. antara mereka ada yang boleh kita gelar sebagai ORANG AGAMA kerana mendapat pendidikan luar negara khususnya timur tengah. Malah caci maki dihalalkan atas nama jihad menentang kezaliman.

Pada pandangan saya, semua pihak perlu mengambil iktibar dan tauladan dari sirah Rasulullah ketika berdakwah.. Baginda berdakwah dengan akhlak baginda yang terpuji. Tiada dendam kepada orang kafir yang mencela baginda.. Maka apalah salahnya kita meneladani Rasulullah dalam hal ini..

Sesuai dengan tajuk saya kali ini "Kalau Kita Rasa Kita Lebih Islam Dari Orang Lain...." maka tunjukkanlah cara Islam yang sebenar..

Kita kena ingat siapa yang kita nak lawan sebenarnya. Siapa yang dapat advantage dari tindakan kita.

Saya ibaratkan begini... Seorang guru mengajar satu kelas yang sudah tentu punyai seribu satu kerenah. Jika ada sebahagian murid yang tidak faham akan pelajaran yang diajar, takkanlah kita sebagai guru terus memulaukan atau membuang murid tersebut... Kita perlu dampingi dia, fahami dia, bimbing dia, tunjuk contoh pada dia....

Samalah halnya dengan musuh politik.. Kalau kita rasa kita lebih betul.. kita dampingilah dia.. jadikan mereka kawan.. Kita kan satu agama, satu syahadah, satu imam, satu ummah.. Terutamanya bagi " KITA YANG RASA DIRI KITA LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN....." JANGANLAH KITA JADI LEBIH SEKULAR DARI ORANG YANG KITA RASA MEREKA SEKULAR... Wallahua'alam..

Saturday, December 24, 2011

Perihal Bakal Guru Yang Jadi Alat Politik.


Saya merasa terpanggil untuk memberikan pendapat saya berkaitan sekumpulan anak muda yang menurunkan bendera PM DS Najib Razak. Apa yang saya ingin ulas sebenarnya bukan tertumpu kepada isu penurunan bendera tersebut. Tetapi lebih kepada sikap bakal-bakal guru yang merelakan dirinya menjadi alat politik parti tertentu.

Sebagai seorang bakal guru, adik-adik di luar sana sebenarnya perlu lebih fokus tentang bagaimana cara untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Kerjaya sebagai guru bukanlah satu tugas mudah. Nampak macam senang. Ada cuti sekolah, gaji guru ijazah pun dah RM1695 (P1T1 : skim SSM). Itu belum cerita Skim SBPA lagi. Ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kesihatan, elaun-elaun dan sebagainya. Mungkin disebabkan situasi "nampak macam best" ini menyebabkan ramai graduan menganggur mohon KPLI dan jadi guru. Tak kurang juga Graduan UPSI.

Guru yang cemerlang serba-serbi sebenarnya tidak akan punya masa untuk berpolitik. Ini bukan cakap-cakap kosong. Ini memang jelas berlaku. Guru cemerlang akan terlalu sibuk berkerja siang dan malam sepanjang masa. Apa saja yang tak dibuat oleh guru? Semua guru buat. Saya boleh bagi senarai panjang.

Contohnya, guru juga adalah pelakon, penyanyi, kerani, penggubah lagu, jurulatih sukan, jurulatih aktiviti KOKO, akauntan, polis, hakim, tukang masak, tukang kebun, tukang sapu dan macam-macam lagi. Mengapa guru cemerlang buat semua ni? Jawapannya ialah semata-mata kerana Allah dan masa depan anak bangsa kita.

Kalau ikutkan, nak tulis blog pun tak sempat. Jadi, saya tak nampak apa pentingnya adik-adik mahasiswa yang jadi alat politik macam adik Adam Adli dan kawan-kawannya ni kehulu-kehilir berjuang perkara yang bukan bidangnya? Apa untungnya? Siapa yang untung? Perjuangan anda adalah pendidik anak bangsa, contoh idola. Jadi, sediakan diri anda dengan ilmu-ilmu perguruan.

Saya teringin sangat melihat Adam Adli menangani kerenah murid-murid yang berdemo di dataran sekolah memijak gambar guru disiplin yang bernama Adam Adli kerana tak setuju dengan peraturan sekolah. Agaknya apa beliau akan lakukan. Apa beliau akan lakukan dengan reaksi ibu bapa hasil dari tindakan terhadap murid tersebut?

Kalaulah isu penempatan graduan UPSI yang diperjuangkan, itu pun masih boleh dipertikaikan kerana masalah tersebut dihadapi oleh semua bakal guru. Oleh kerana IPG di bawah KPM sudah tentu lepasan IPG lebih diberi keutamaan. Setahu saya, student IPG tak suka berpolitik. Saya pun tak nampak apa pentingnya pelajar berpolitik dan berdemo.

Nasihat saya, adik-adik bakal guru perlu berjuang di tempat yang betul. Medan perjuangan kita adalah di sekolah. Bukannya di jalanan membela "seorang tua yang dah expired" dan sarat dengan masalah peribadi. Lebih baik kita berjuang untuk beribu-ribu bakal murid kita yang sudah tentu salah seorang daripadanya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti.

Kepada sesiapa yang tidak setuju, saya mohon maaf. Tapi inilah pendapat seorang abang kepada adik-adiknya..

Monday, October 3, 2011

Aku Anak Johor


Raya Aidilfitri sepatutnya dah habis. Tapi masih ramai lagi yang buat rumah terbuka.. Mungkin bukan sempena raya, tapi sempena ada rezeki lebih agaknya. Begitulah halnya orang-orang Johor. Kalau buat sesuatu memang tak ikut jadual.. Semua tu rezeki.

Sebut pasal rezeki, saya teringat beberapa tahun lepas, saya terserempak dengan penjual buku di sekolah-sekolah. Saya tanya beliau dari mana? Katanya dari negeri Pahang. Saya bertanya lagi.. "Jauhnya berniaga?" " Kalau cikgu nak tau.. kat Johor ni berniaga apa pun laku.. senang cari rezeki di sini". Kalau difikir-fikir betul juga kata abang penjual buku tu.. Kat Johor ni orang negeri mana yang tak ada? Indon, Bangla, Vietnam, Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Afrika pun ada..

Kalau tengok kat restoran-restoran, ramai pekerjanya Indon belaka.. Sampai ada yg jadi tokey restoran. Orang Kembojanya pulak lawa-lawa jadi peniaga kain.

Agaknya kenapa ek? ek? ek?.. Mungkin kerana Allah SWT melimpahkan rahmatnya ke atas Johor kerana kita ada Sekolah Agama Kerajaan Johor, Kita membudayakan Al-Quran, menbudayakan As-Sunnah, aktiviti keagamaan begitu subur... Mungkin inilah yang Allah nyatakan dalam surah Ali-Imran ayat 189 - 191

Dan kepunyaan Allah jualah langit dan bumi dan Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-bagi ulul albab ( golongan yang berfikir). Iaitu mereka yang mengingai Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring, dan mereka bertafakkur ( berfikir dengan mendalam ) tentang penciptaan langit dan bumi [ lalu mereka berkata ] " Wahai Tuhan kami, Engkau tidak jadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau ( Ya Allah ), lindungilah kami dari azab api neraka.

Maka marilah kita menjadi golongan yang berfikir dan golongan yang bersyukur akan nikmat Allah.. Eh.. Pak Menteri kita pun ramai dari Johor..

Datuk Sosilawati kena culik bukan di Johor kan?

Monday, July 25, 2011

Fitnah 3.0

credit for :

Bahaya fitnah

Hadith dari Huzaifah r.a:
Sayidina Umar r.a pernah bertanya aku ketika aku bersamanya.
Katanya: Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan tentang fitnah?
Para sahabat menjawab: Kami pernah mendengarnya.
Sayidina Umar bertanya: Apakah kamu bermaksud fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan jiran tetangganya?
Mereka menjawab: Ya, benar.
Sayidina Umar berkata: Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh sembahyang, puasa dan zakat.
Huzaifah berkata:Tetapi, siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan bergelombang?
Para sahabat terdiam.
Kemudian Huzaifah berkata: Aku, wahai Umar!
Sayidina Umar berkata: Engkau.
Lantas Sayidina Umar memuji dengan berkata ayahmu adalah milik Allah.
Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan (Hadith Riwayat Muslim)


Berikut di atas adalah petikan yg saya ambil dari laman web tersebut di atas. Saya minta maaf jika ia tidak tepat kerana saya tidak merujuk mana-mana kitab hadis. Cuma walaupun tanpa petikan tersebut pun kita masih dapat berfikir tentang bahayanya fitnah.

Fitnah sebenarnya tidak asing dengan hidup kita. Sama ada kita yang memfitnah atau kita yang difitnah. Saya sebenarnya agak pelik juga kerana saya sering menjadi mangsa fitnah.

Namun begitu setelah saya muhasabah diri, saya dapati mungkin apa yang saya lakukan sama ada sengaja ataupun tidak mungkin telah memberi ruang dan peluang untuk orang lain salah anggap kepada saya. InsyaAllah saya akan memperbaiki kelemahan dan kesilapan agar fitnah dijauhkan dari diri saya.















Sunday, July 24, 2011

Julai oh Julai

Banyak cabaran bulan Julai ni rupanya. Terpaksa menangani macam-macam hal dan kerenah. Minggu terakhir berkerja dua minggu straight kerana ada program landskap anjuran Kolej Komuniti. Penat sangat. Rasanya macam nak minta cuti rehat. Tahun ni belum ambil lagi cuti, baik MC ataupun cuti rehat.

Agaknya kalau nak cuti bos bagi tak?

Minggu ni nak mengadap Percubaan UPSR pulak. Ujian bulanan lagi.. PRS/SPPK baru lepas lawatan daripada PPD. Alhamdulillah semuanya baik.



Friday, July 15, 2011

Aktiviti saya sehingga pertengahan Julai..


Dah masuk pertengahan Julai.. Biasanya waktu beginilah Setiausaha Peperiksaan sibuk membuat persiapan perkara-perkara berikut:-

  1. Memastikan pentaksiran bagi murid-murid tahun enam selesai sebelum 31 Julai.
  2. Merancang program dan membuat persediaan untuk Ujian Kelayakan Kemasukan ke tahun satu 2012.
  3. Membuat persediaan untuk UPPM 3 (Percubaan UPSR).
  4. Merancang perlaksanaan ujian setara 2.
Untuk pengetahuan pembaca, Ujian Kelayakan Kemasukan ke tahun 1 SRABKT dijangka berlangsung pada 6 Ogos 2011. Kepada ibu bapa/ penjaga yang terlibat bolehlah bersedia untuk membawa anak masing-masing untuk menduduki ujian tersebut.

Dalam pada itu saya sempat juga menghadiri Bengkel Pembinaan Kit Jawi bagi sekolah-sekolah agama Kerajaan Johor di Mutiara Motors Resort bermula dari 12 hingga 14 Julai lepas. Bengkel tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana kumpulan pertama terlibat dalam pembinaan bahan bantu mengajar dalam bentuk prototaip. Manakala kumpulan kedua pula ialah kumpulan ICT yang ditugaskan untuk membina bahan-bahan interaktif dengan menggunakan perisian dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

Saya mengucapkan tahniah kepada kumpulan pertama yang berjaya menghasilkan pelbagai bentuk bahan bantu yang sudah pasti dapat membantu guru-guru sekolah agama dalam MP jawi. Namun begitu, saya sebagai peserta ICT agak kecewa sedikit kerana masa yang diberi kepada saya gagal dimanfaatkan sepenuhnya. Saya rasa, Bengkel ICT masih boleh diperbaiki supaya kami dapat digunakan sepenuhnya dan dibahagikan tugas mengikut kepakaran masing-masing.

Contohnya, saya lebih mahir dalam menghasilkan video jadi sepatutnya saya diberi tugas mengikut kemahiran saya. CD interaktif pula patut diberi kepada yang lebih mahir. Dengan cara ini, wang peruntukan setengah juta ringgit yang diberi dapat kita maksimumkan penggunaannya.

Belanja yang kita keluarkan untuk projek ini sebenarnya cukup besar. Maka kita perlu pastikan agar hasil yang kita keluarkan nanti mestilah bernilai setengah juta. Jika tidak, masyarakat akan menuding jari kepada kita. Sebab, wang setengah juta juga wajar kita gunakan untuk menyediakan kelengkapan asas seperti kerusi meja yang menjadi masalah dan luka bernanah untuk sekolah agama.

Janganlah pula nanti kita dikata orang dengan kata-kata " Ingin membina rumah cantik tetapi berlubang di sana sini.." Wallahua'lam..