IKLAN

Saturday, December 24, 2011

Perihal Bakal Guru Yang Jadi Alat Politik.


Saya merasa terpanggil untuk memberikan pendapat saya berkaitan sekumpulan anak muda yang menurunkan bendera PM DS Najib Razak. Apa yang saya ingin ulas sebenarnya bukan tertumpu kepada isu penurunan bendera tersebut. Tetapi lebih kepada sikap bakal-bakal guru yang merelakan dirinya menjadi alat politik parti tertentu.

Sebagai seorang bakal guru, adik-adik di luar sana sebenarnya perlu lebih fokus tentang bagaimana cara untuk menjadi seorang guru yang cemerlang. Kerjaya sebagai guru bukanlah satu tugas mudah. Nampak macam senang. Ada cuti sekolah, gaji guru ijazah pun dah RM1695 (P1T1 : skim SSM). Itu belum cerita Skim SBPA lagi. Ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kesihatan, elaun-elaun dan sebagainya. Mungkin disebabkan situasi "nampak macam best" ini menyebabkan ramai graduan menganggur mohon KPLI dan jadi guru. Tak kurang juga Graduan UPSI.

Guru yang cemerlang serba-serbi sebenarnya tidak akan punya masa untuk berpolitik. Ini bukan cakap-cakap kosong. Ini memang jelas berlaku. Guru cemerlang akan terlalu sibuk berkerja siang dan malam sepanjang masa. Apa saja yang tak dibuat oleh guru? Semua guru buat. Saya boleh bagi senarai panjang.

Contohnya, guru juga adalah pelakon, penyanyi, kerani, penggubah lagu, jurulatih sukan, jurulatih aktiviti KOKO, akauntan, polis, hakim, tukang masak, tukang kebun, tukang sapu dan macam-macam lagi. Mengapa guru cemerlang buat semua ni? Jawapannya ialah semata-mata kerana Allah dan masa depan anak bangsa kita.

Kalau ikutkan, nak tulis blog pun tak sempat. Jadi, saya tak nampak apa pentingnya adik-adik mahasiswa yang jadi alat politik macam adik Adam Adli dan kawan-kawannya ni kehulu-kehilir berjuang perkara yang bukan bidangnya? Apa untungnya? Siapa yang untung? Perjuangan anda adalah pendidik anak bangsa, contoh idola. Jadi, sediakan diri anda dengan ilmu-ilmu perguruan.

Saya teringin sangat melihat Adam Adli menangani kerenah murid-murid yang berdemo di dataran sekolah memijak gambar guru disiplin yang bernama Adam Adli kerana tak setuju dengan peraturan sekolah. Agaknya apa beliau akan lakukan. Apa beliau akan lakukan dengan reaksi ibu bapa hasil dari tindakan terhadap murid tersebut?

Kalaulah isu penempatan graduan UPSI yang diperjuangkan, itu pun masih boleh dipertikaikan kerana masalah tersebut dihadapi oleh semua bakal guru. Oleh kerana IPG di bawah KPM sudah tentu lepasan IPG lebih diberi keutamaan. Setahu saya, student IPG tak suka berpolitik. Saya pun tak nampak apa pentingnya pelajar berpolitik dan berdemo.

Nasihat saya, adik-adik bakal guru perlu berjuang di tempat yang betul. Medan perjuangan kita adalah di sekolah. Bukannya di jalanan membela "seorang tua yang dah expired" dan sarat dengan masalah peribadi. Lebih baik kita berjuang untuk beribu-ribu bakal murid kita yang sudah tentu salah seorang daripadanya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti.

Kepada sesiapa yang tidak setuju, saya mohon maaf. Tapi inilah pendapat seorang abang kepada adik-adiknya..

2 comments:

MOHD ZAWAWI BIN MUSA said...

Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara... menjiwai kerjaya guru ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat atau direka-reka. Ia memerlukan keikhlasan dan kecintaan yang mendalam untuk memastikan profesionalisme guru akan terus cemerlang. Jika menjadi guru ini bukanlah sebuah cita-cita maka jangan terjun ke dalam kerjaya ini, kerana ia pasti akan menjurus kepada sesuatu yang negatif kelak. Sedangkan mereka yang amat meminati kerjaya ini pun kadang kala bergelut untuk terus memastikan kelangsungan kecemerlangannya.

Shahnizat bin Sakiran said...

Betul tu Cikgu... Seorang guru tulen kadang kala tidak kisah akan kebajikan dirinya. Segalanya hanya untuk anak murid yang bukan sedikit jumlahnya. Pagi mengajar. Petang latihan sukan. Malam kelas tambahan. Masa free menanda buku latihan. PBS, KSSR,LINUS, aktiviti panitia dan macam-macam lagi.. Bila diorang dah mengajar nanti kita tengok kerja mereka ni adakah sama hebat dengan kata-kata dan tindakan yang telah mereka lakukan.