15 Ramadhan / 20 Jun 2016.
Setelah 15 hari berpuasa, cuaca nampaknya agak dingin di Kota Tinggi. Keadaan ini amat baik untuk anak-anak yang baru belajar untuk berpuasa.
Sambutan puasa dan hari raya pada tahun ini agak suram bagi diri saya kerana baru kehilangan ibu tercinta pada petang Khamis 19 Mei 2016 bersamaan 12 Syaaban 1437 yang lalu. Ibu saya menghidap tumor otak sejak November 2015. Kami redha kerana kita merancang tetapi perancangan Nya adalah yang terbaik. Namun begitu, kehilangan dan kerinduan merupakan sesuatu yang sukar bagi saya.
Kali terakhir sambutan raya ialah sewaktu raya haji tahun lepas. Mak beriya-iya menyiapkan juadah hari raya yang wajib seperti ketupat, lepat, lodeh, ayam pencen masak kicap dan sambal goreng petai. Tahun ini mesti lain.